Wednesday, June 30, 2010

Masa begitu pantas

Masa itu emas, masa itu nyawa, masa itu perlu dihargai.... apa yang merepek nieh.... tak sebenarnya enrty neih BG nak cakap satu pekara je nka cakap yang masa in berlalu dengan cepatnya...

sekelip mata je dah dua bulan..hahha nak hyperbola la juga...tapi betol apa masa berlalu meninggalkan kite cam tue je.... sok luse BG dah nak balik johor ..tengah menira mase untuk jadi "life student' ...adoii dalam ati nieh malas je nak balik tapi dalam mase yg same nak balik johor la plakz coz kat tempat kediaman BG nieh dah bosan dah asik2 jumpe BG je.... hahh..

Tak pe BG dah pasang niat dah nak belaja elok2..walaupun akan berlaku " malas lebih dr rajin" tapi tue la dugaan...... sebelum BG merepek dr melalut[cam mana tue] baik BG berundur diri....

Monday, June 28, 2010

PETAH 2010 @ PWTC



  1. Bertempat di PWTC
  2. Berdebat tanpa henti selama 111 jam
  3. Penat berhujah
  4. Buntu memikirkan isi pagi-pagi
  5. Berjaya menghabiskannya selama 111 jam...

Thursday, June 24, 2010

sem+fokus+ volleyball= hebat!

pasti aku berjaya kalau aku berlatih! sem nie aku nak fokus sedikit tok volleyball neih..aku nak active sedikit la sem nie even pointer aku jatuh sem lepas..ahhaha aku x kisah pun yang penting aku tau apa yang aku nak buat ......ok preparation da almost siap dah neih.... aku nak habat cam kawan-kawan ku yang lain..hahah =D... tengok la nanti..jauh bukan penghalang..penat lagi la...hebat fokus utama!

1 bulan lebih...

sempat juga mengambil sedikit masa untuk update blog nie.memang lama tak jengok2 blog ketawaitubest.sorry la coz buzy sanggat. cuti punya pasal blog neih pun bercuti jugak an2! hahha sebenarnya sempena blog ini wujud nak berkongsi cerita keadaan di tempat aku mentelaan..tapi sekarang x lagi kot..sebab aku rase semua tempat yang menarik dan patut berkogsi bersama..hahhaha...cuti nieh aku keje, melepak, on9 tapi on FB je la...hahha sebab tue lame x bukak blog ketawaitubest. starting now i'll update my story mory to all my follower... tQ

Wednesday, April 28, 2010

Adik dan abang! ep4

setelah doktor beredar, Ibu memanggil kak Ros dan abang Farhan. secara tiba-tiba kak Ros menagis teresak-esak.Daniel menjadi hairan lalu terus mendekati ibu ,kak Ros dan abang Farhan dan bertanyakan kenapa. ibu mengatakan bahawa abang Jali memang tidak dapat diselamatkan lagi dan doktor meminta kebenaran untuk mematikan mesin-mesin nyawa yang digunakan oleh abang Jali. semua redha degan kehendak illahi. Daniel hanya mampu menjerit dan menagis di dalam hatinya. Daniel terus pergi ke katil abang Jali dan melihat wajahnya yang terakhir untuk selama-lamanya. Ibu meminta Daniel untuk mengemas rumah untuk abang Jali bersemadi.Daniel hanya terdiam dan tidak berkata apa-apa. dan terus pergi bersama sepupunya yang lain.

rumah pun telah dikemaskan. setegah jam kemuadian ambulan berhenti di depan rumah Daniel. sanggat pilu di hati Daniel apabila abang Jali dikeluarkan didalam ambulan itu dan seorang misi mengatakan abang Jali menghembuskan nafas yang terakhir semasa didalam perjalanan ke rumah. Hancur perasaan seorang adik apabila mendengar abangnya telah tiada lagi dan meninggalkan untuk selama-lamanya. Daniel menganggap dirinya bersalah kerana ego yang terlalu tinggi terhadap abangnya.

hanya doa sahaja yang mengiringi abang Jali. perginya seorang abang menandakan keluarga Daniel kurang seorang. selama 7 ahun memang sedia kala kurang kerana abang Farhan lari dari rumah tetapi masih boleh bernafas lega diduniawi ini. tetapi abang Jali meninggalkan keluarga Daniel selama-lamanya tanpa kembali walaupun sesaat. pemergian abang Jali membawak pengajaran terhadap Daniel. banyak pengajaran yang dibekalkan untuk dipelajari oleh Daniel. Daniel tahu Allah lebih sayangkan abang Jali darinya.


bersambung........

Buka kertas dan berkata" stok redha"



Memang BG stok redha apabila buka dan buat kertas STATIK tadi .. BG pun tak tau apa yang BG buat tadi.betol ke salah ke.. x tau langsung!!!.BG masih terpingga-pingga nak buat soalan mane sebab ada 5 soalan tapi buat 4 je. tapi semua tue bagi BG susah la. x der yang senang pun.

bayangkan 1jam berlalu masih buat soalan satu. nak cari FORCE A la B la C la FRICTION die la.berat die la..MOMENT die la..macam-macam la. selalunya kalau buat paper lain ada la juga BG yakin betol tapi paper nie harap maklum lah..

cukup ke masa? hahah totally not.masa kalau orang yang tinggal-tinggal memang la cukup.tapi kalau orang nak analisis masalah yang dibagi memang tak cukup. pa la nak jadi pointer aku sem nieh..jatuh ke? maintain ke? naik ke?

3.5.2010 paper fizik pulak. nieh lagi satu paper "killer" harapnya berjaya lah! amin!!


wish me luck guys!!!

Tuesday, April 27, 2010

Adik dan abang! ep3

Daniel segera mengambil telefon bimbitnya dan mencari nombor abangnya, dan mendail nombor tersebut. akhirnya nombor abangnya masih aktif dan Daniel hanya menunggu abangnya angakat. sungguh tidak disangka abang Farhan menjawab banggilan Daniel. pada mulanya abnagnya tidak tahu Daniel yang sedang bercakap.dan Daniel memperkenalkan dirinya dan abangnya terkejut apabila Daniel yang menelefonnya. Daniel seperi biasa hanya bertanyakan kahbar dan Daniel masih bersikap berag terhadap abangnya kerana Daniel menganggap Daniel hanya mempunyai kak Ros sebagai kakaknya. walaupun Daniel sedih dengan tindakan abangnya meninggalkan keluarga tanpa sebab, Daniel tetap sombong, sombong dan terus sombong. Daniel memberi tahu kepada abang Farhan bahawa abang Jali masuk hospital dengan keadaan yang nazak. Alangkah terkejutnya abang Farhan , dan Daniel terus memberi ahu wad mana dan hospital mana. Daniel merasakan itu terpulang kepada abang Farhan sama ada mahu datang melawat ataupun tidak.

Daniel terus kembali ke wad abang Jali dengan keadaan muram dan selamba kerana Daniel tidak mahu semua orang tahu bahawa Daniel menagis dan sedih melihat abangnya. setiba di wad abang Jali Daniel melihat banyak ahli keluarga yang lain dan kawan-kawan abang Jali telah sampai untuk melihat dan melawat abang Jali. tetapi itu la hakikatnya abang Jali akan meninggalkan semua orang yang tersayang selama-lamanya.setelah berjam-jam kemudian keadaan masih kekal sama Daniel menghampiri abang Jali dan mencium dipipinya dna meminta maaf kepada abang Jali atas kesilapannya selama Daniel bergelar adik. kepada abang Jali. sunguh pilu di hati seorang adik yang melihat abangnya terlantar di katil dan mampu bernafas menggunakan mesin nyawa. Daniel terus duduk di sebelah bawah katil abangnya dan mengambil surah yassin iuntuk dibaca untuk abangnya. Memberontak kesedihan Daniel apabila membaca surah yassin untuk abangnya yang akan meninggalkan Daniel selama-lamanya.

setelah habis membaca yassin kak Lin menelefon Daniel dan mengatakan bahawa Kak Lin berada di bawah hospital dan menyuruh Daniel mengambilnya. Perasaan gementar didalam diri Daniel seolah-olah darah mengalir sepantas air terjun.Daniel terus meletakan surah yassin itu dan terus pergi bawah. Daniel melihat kak Lin menungunya degan keadaan sedih. Tanpa berkata apa-apa, kak Lin terus menagis dan memeluk Daniel .apatah lagi Daniel yang hanya mampu mengeluarkan air matanya. secepat yang mungkin Daniel membawa kak LIn berjumpa abang Jali. sanggat menyedihakn hati daniel apabila abang Jali tidak sempat untuk berjumpa kak Lin dan anak kesayangannya. setiba di wad, Daniel memenang tangan kak LIn untuk memberi semangat kepadanya . setelah tiba di depan bilik abang Jali kak Lin pengsan seketika melihat keadaan suaminya yang tercinta itu. sungguh menghayat hati Daniel melihat keadaan sebergini.

Daniel masih dalam keadaan sedih dan membaca yassin di sudt luar bililk abang Jali. secara tiba-tiba, panggilan dari abang Farhan dari telefon bimbitnya. sepantas kilat Daniel mengangkat panggilan tersebut. Daniel diberi tahu bahawa abang Farhan berada di wad hospital dan menyurh Daniel menjemputnya. secepat yang mungkin Daniel pergi untuk menjemputnya. Di dalam perjalanan Daniel terfikir bagaimanakah keadaannya sekarang? Bagaimana Daniel melayannya? bayangkan sudah 7 tahun tidak melihat abangnya dan merindukan kasih sayang seorang abang. setelah tiba di tingkat bawah lif terbuka dan Daniel hanya mampu berdoa supaya kuatkan semangatnya untuk berjumpa abang Farhan. Daniel melihat seorang lelaki yang membelakangi Daniel yang memakai beg galas yang memakia baju berwarna kelabu. air mata Daniel berair dan terus mengesatnya supaya tidak disedari oleh abangnya. Daniel memberanikan dirinya untuk menengur abangnya. Abang Farhan memandang Daniel dan terus memeluk Daniel dengan era dan Daniel terus membawanya berjumpa ibu dan ayah. alangkah terkejutnya seorang ibu melihat anaknya yang sudah lama tidak menghantar khabar berita didepan matanya sekarang .terduduk ibu melihat abang Farhan dan abang Farhan terus menitiskan air matanya dan mencium tangan ibunya. bergitu juga dengan ayah Daniel yang menangis teresak-esak melihat anaknya yang ketiga ini di depan matanaya.

Kak Ros dan anggota keluarga yang lai turut memarahi tetapi sayang terhadap abang Farhan. Abang Farhan sanggup menirima resiko kerana ini adalah kesalahnya sendiri dan berharapsemuanya akan memaafkannya. lantaran itu abang Farhan terus melawat abang Jali. keadaan sedih tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. ibu hanya mampu melihat dari jauh kerana ibu Daniel tahu akan keadaan yang sebenar. Daniel yang merasakan keaadaan ini membuatkan hati Daniel terguris, sedih , kecewa, meraong-raoung. secara tiba-tiba doktor menjumpai ibu Daniel dan ayah Daniel dan mengatakan sesuatu kepada mereka. Daniel memerhati doktor tersebut hanya menggelengkan kepala.Adakah ini satu pertanda atau hanya sekadar gimik!


bersambung........

Sunday, April 25, 2010

Adik dan abang! ep 2

Ayam berkokok menandakan sudah pagi.Daniel masih belum bagun. Seperti biasa ibu Daniel akan menunaikan kewajipan untuk solat subuh. selepas solat subuh ibu akan membuat sarapan pagi untuk keluarga. Pada hari ini Daniel bangun awal tidak seperti biasa. Daniel pelik mengapa hari ini bergitu suram sedangkan tiada apa-apa yang berlaku terhadap keluarganya.Daniel masih tertanya-tanya mengenai sikap abang Jali semalam. Pikiran Daniel semakin kusut tetapi Daniel tidak menunjukannya mungkin tiada apa-apa yang akan berlaku . Bengang terhadap abang nya masih membuak-buak. Sehinggakan Daniel tidak kisah akan sapa-sapa kecuali kak Ros dan kedua ibubapa Daniel.Bagi Daniel mereka adalah segalanya walaupun Daniel tahu dia juga mempunyai abang-abang,tetapi Daniel mengaggap Daniel tiada mempunyai abang kerana kekesongan kasih sayang terhadap abang masih tidak penuh didada Daniel.

telefon bimbit ibu bederng ketika kami semua sedang sarapan. secara tiba-tiba muka ibu bergitu cemas dan arahkan semua untuk melawat abang nya.Daniel berasa pelik.Keadaan abang Jali semalam bole dikata taida sakit apa-apa tetapi mengapa perlu cemas? seperti ada kemalangan jalan raya. Daniel masih lagi bersangga buruk terhadap abang Jali. pertikaian masih lagi bermain-main di atas fikiran Daniel. Dalam setegah jam kemudian, Daniel, kak Ros.Ibu, dan ayah Daniel berada di depan pintu lif hospital untuk menungu pintu itu buka untuk Daniel sekeluarga naik ke wad abang Jali.

selepas sampai di tempat wad abang Jali, Daniel terus pergi ke tandas untuk membasuh muka tanpa memberi tahu kepada ibu. Sepuluh minit kemudian, setelah selesai pergi ke tandas, Daniel berjalan untuk pergi ke bilik abang Jali. Daniel lalu di dalam bilik dimana abang Jali duduk semalam. Daniel nampak kak menelefon seseorang di luar bilik dengan keadaan menagis. Daniel berasa hairan dan terus memanggil kak Ros dan kak Ros tanpa berkata apa-apa terus memeluk Daniel dengan alunan nada yang sedih. Daniel berasa ini mesti berkaitan dengan abang Jali. Daniel pandang ke arah bilik abang Jali, alangkah tekejutnya Daniel apabila Daniel melihat abangya penuh dengan wayar-wayar dan juga kelengkapan mesin-mesin perubatan. secara tiba-tiba, pilu di hati Daniel merebak sehinggakan berair mata Daniel melihat abang Jali.

Tanpa melengahkan masa Daniel terus berjalan untuk melihat keadaan sebenar abang Jali. ibu dan ayah masih teresak-esak menangis tetapi melihat kasih sayang ibu masih menyerlah lagi terhadap anaknya yang menanggung kesakitan walaupun tidak sedarkan diri. Tiba-tiba doktor masuk didalam bilik abang Jali dan mengatakan Abang Jali menghidapi barah otak peringkat yang terakhir dan tidak boleh di selamatkan lagi. secara serta merta ibu dan kak Ros berpeluk tubuh dan menagis teresak-esak. tanpa di duga air mata Daniel berlilangan di pipi menandakan kesedihan. Daniel terus keluar dari bilik abang Jali, dan terus pergi ke tangag hospital. Daniel berasa menyesal dan Daniel berfikir ini lah 1001 persoalan yang sudah pun terjawab.

Sejenak sebentar, telefon Daniel berdering melihat numbor yang tidak dikenali. Daniel menjawabnya dan bertanyakan siapa.rupa-rupanya isteri kepada abang Jali.sebenarnya abang Jali sudah mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak tetapi mempunyai masalah rumah tangga. Kak Lin adalah akak ipar Daniel yang sekepala dengan Daniel yang penuh manis dan pahit pengalamannya. Daniel terus menagis teresak-esak dan meminta kak Lin jumpa dengan abang Jeli. Daniel berasa sanggat sedih dan seolah-olah mempunyai banyak dosa terhadap abangnya. keadaan mendesak Daniel untuk mnelefon abang Farhan yang lari dari rumah. Daniel berharap agar nombor abangnya dulu tidak bertukar .



bersambung...

Saturday, April 24, 2010

Adik dan abang! ep 1

Jam menunjukan 9.39 pagii.seorang anak yang bernama Daniel belum bagun dari tido.Daniel seorang yang berbudi bahasa, baik hati, lemah apabila dicaci, dan suka keluar malam.Nada telefon bimbit ibu Daniel berdering! setelah habis bercakap ibu Daniel dengan pantas pergi ke bilik Daniel dengan muka yang cemas.Daniel telah dikejut oleh ibu kesayangan nyadan mengatakan mengapa kepada ibunya lalu ibunya menjawab abang Daniel masuk hospital besar kuala lumpur. Daniel sepantas lalu terus tido untuk sambung tidonya! Daniel jerit kakaknya. dengan muka yang masam Daniel terus mengambil kain tualanya untuk mandi.semasa didalam tandas Daniel berfikir sejenak mengapa abang ke-2nya masuk hospital sedangkan tak pernah lagi abangnya masuk hospital?

Sebenarnya Daniel mempunyai seorang kakak,dan 2 abang dan Daniel adalah seorang anak bongsu.kakak Ros adalah yang sulung sekali dan mempunyai hubungan baik dengan Daniel.kak Ros memberi kasih sayang yang sepenuhnya terhadap Daniel dan Daniel juga sangat rapat dengan kakaknya. Abang Jali adalah abang yang ke-2 dalam keluarga. Abang Jali nie la yang tak berapa nak sekepala dengan Daniel dan abang yang ke-3 adalah abang Farhan yang tak tahu dimana berada kerana lari dari rumah sedangakan tiada krisis apa-apa pun.

setelah selesai mandi dan bersiap untuk pergi melawat abagnya walaupun terpaksa. Setegah jam dalam kereta tiba di pintu besar Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah Daniel mencari tempat letak kereta, sepanjang perjalanan muka ibu daniel nampak resah dan risau. Bergitu juga dengan kak Ros yang sentiasa resah tapi selamba. Dalam hati Daniel sebenarnya masih tertanya-tanya kenapa abang Jeli masuk hospital?persoalan itu akan terjawab setelah Daniel dan keluarga berada di wad "specialist".

Abang Jeli masuk hospital kerana bisa kepala dan pengsan ketika berkerja. Daniel mengandai itu adalah sakit yang biasa-biasa.Azan Jumaat sudah berkumandang. menandakan masuk masuk waktu untuk solat Jumaat.Ayah Daniel terus berbunyi mengatakan hendak pulang ke rumah untuk bersiap-siap pergi ke solat jumaat. Abang Jeli sepantas lalu terus menjabat tangan ayah Daniel untuk salam. Dan ibu Daniel terus memeluk abang Jeli. serta merta abang Jeli mengambil tangan kak Ros dan bersalaman.Daniel terdengar suara abang nya memanggil nama Daniel dan terus berjabat tangan dengan utuh. Daniel pulang rumah dengan 1001 pertanyaan mengapa abang Jali berjabat tangannya sedangkan tidak pernah abang Jeli bersalaman dengan Daniel. Selalunya Daniel akan dipaksa oleh ibu untuk bersalaman dengan abang Jeli.1001 pertanyaan masih belum terjawab lagi.

bersambung....



Friday, April 23, 2010

setiap hari adalah "EARTH DAY"

Boleh bayangkan tak kalau setiap hari kita lalui ini EARTH DAY? Mestitak der pencemaran alam sekitar kan²!!

sekarang nie pun banyak dah berlaku pencemaran sana-sini..pa nak jadi!! rosak binasa alam sekitar nie.

cube tonton nie!! menarik tak!!?

saya menyokong "EARTH DAY EVERY DAY"

layari laman web ini http://malaysia.youthsays.com/youth2010/earthday !

Thursday, April 22, 2010

Outing with " crazy DE"!!


hohoh much batter.


3rd activity!!



2nd activity


make over rambut dan diri jap!!


berkoya !

Semalam..plan last minit selalu menjadi. asalnya makan kat Line clear je.. tetibe semua orang rasa nak berjoget² lakz so kite orang pa lagi pergi la karok..sepuluh lagu gak la..dah tueada la sorang mamat neih yang pakai baju oren[ pic bawah sekali] kate sambung karok kat BP!!

pantang orang buat plan..pa lagi semua setuju la...x sedar bumi telah dibasahi air[hujan la]...kite orang go on je perjalanan pergi BP!! Dalam perjalanan bumi semakin banyak menerima air.. adoii..basah kuyup kite orang.. dah la kat BP banjir[sistem peparitan yang tak berapa nak elok]
kite orang redah je.nasib baik moto RIJAL hebat lagi kalau tak mati kat dalam air la nampak gayanya..

Dah sampai, masuk² mall je semua pandang sebabnya kite orang basah kuyup tambahan kite orang sejuk nak mampus...pe lagi hala tuju utama tandas la... nak touch up jap!! malu la kalu awek usha nanti~~ ahahha

pastu pergi main boling..ada orang kate tak reti main tapi leh jatuhkan pin semua tue..[nasib badan la tue]..hahha BG memang tak hebat main..tapi kalau nak main tuye boleh la...
dah settel kat boling, jam hampir kol 7, x solat lagi kite orang rupanya..hala tuju seterusnya di surau mall.

dah selesai beribadat kite orang plan la nak main snoker!! wow BG dah x reti main setakat pukul2 tue reti la..bhahha..last² che ku ajak BG main..[open table]..main2 2 table kot BG menang..tak sangga hebat~ahahha..BG tau che saje tue..[nak rendah diri]

penat gile lalu kat Pasifik jumpe durian abis la aku...semua member² BG hantu durian~ BG time nie lapa gile nampak ice cream BG pun beli la...last² semua kawan² BG beli gakz an~~ haha

hala tuju seterusnya makan malam!!yepi~~ dapat makan tapi OTW nak balik kat parking tue pas hilang pulak..mane BG cicirkan pun BG tak tau[sengal aja]..hahah pak cik tue di tipu oleh anip..senang gile!! weeeeee

dah sampai restauran SHAM apa lagi order la. makan punye la pantas..hahha..dah kenyang dah HOhahoha..balik la ke tempat asal balik[uThM]

papa hal terhappy aku seketika malam tue... terbaik la..

apabila hari jadi kawan!!


nieh mangsanya~

padan mu ko~~ hahaha


muke die dah takut~~ bhahahha[gelak besar]

dalam entry kali nieh BG nak mintak maaf coz lambat uplode pic neih..
tapi tak mengapa BG nak bercerita mengenai sambutan hari jadi nie..
Tepat jam 12 pagi...kami terutama Paan panggil la magsa yang bernama halim'`
ramuan...apalagi milo basi, tepong, telor, abu rokok yang di sebatikan dengan air, dan sebagainya.hahah padan mu ko halim..
apa² hal pun selamat hari jadi yang ke 19 semoga panjang umo murah rezeki.

Monday, April 19, 2010

BEDAH & badah...


risau nie tunggu kawan BG kat bilik Badah...


era~


selepas pembedahan..masih tak sedarkan diri ...


dalam perjalanan ke bilik bedah..


sempat lagi senyum neih padahal nak masuk bilik bedah dah..


malu konon...

pertama kali BG tegok kawan BG masuk hospital kene bedah plak tue..dalam entry nieh BG nak berkongsi pengalaman .

ERA!! kawan BG dari sekolah menegah lagi masuk hospital kerana sakit Appendix. BG dah la tak pernah alami pengalaman nie... era sian ko...

pukul 5.45 era masuk bilik bedah..BG nampak air muka era berubah apabila die nak masuk bilik bedah tapi sempat lagi nak pose apabila BG ambik gamba tue..hahaha...ye la ak cover takut la tue..

BG tunggu la kawan BG nie sampai abis bedah..ye la sian la kawan sendiri kot.. jam mennuju pukul 7.30... doktor tue kata bedah tak sampai sejam.. dah BG dan iqa dah cuak dah..pahal la neih.. apa lagi BG pun terus masuk dalam bilik bedah tue..nasib baik la che ku dan lalok tahan..[nak buat cerita panas la neih] hihih..x la Bg tunggu sampai 8.30 kot..baru era kua dari bilik bedah...

alhamdulillah selamat semuanya....ERA je la kawan BG yang BG kenal kat Universiti BG nie.
dah selesai tue BG terus balik dan makan..nyum2....

Friday, April 16, 2010

tersungkur atau terpeleot!

hari ini BG kene hantar report hydraulic kat bengkel.BG dan kawan BG nieh hantar la kat bengkel hydraulic. tapi masalahnya bengkel tutup.pas tu kawan BG nie call la Lecture kite orang. Dah tue die cakap la antar kat belakang bengkel ada pintu yang tak berkunci. apalagi kite orang pun hantar la.
Time nak hantar tue BG soh la kawan BG tunggu kat depan bengkel takut-takut moto yang kite orang tunggang tadi kene saman.sian tuan punya moto kene bayar saman nanti. lagi pun BG tegok kawan BG nei cam letih je...BG hantar la sorang-sorang kat belakang bengkel.
Dah selesai hantar report,BG pergi la balik kat moto balik.wow! BG tegok kawan BG baru bangun dari jalan tar.BG apa lagi gelak cow² la time tue.BG datang dekat ngan die tegok die cam teruk je..cam nak nagis. BG tak sampai hati la nak gelak. BG tolong la urut² sikit[walaupun BG tak reti mengurut]. dah tue die marah BG lak cakap BG la punca coz lambat sangat.die tak tau BG kat belakang tue cam nak mati cari pintu yang tak berkunci!
wakakkak BG mampu tergelak dalam hati.ada la orang lalu lalang kat depan bengkel tue usha² je kite orang takut ada papa ke an.dah tue BG terus ambik helmet dan pakai.MALU KOT.. hahhaha dah tue nak balik dier soh BG bawak moto .OK no hal la..dalam perjalanan die kaki yang sakit tue dier luruskan ., pastu BG nak belok ke kiri ambik ko kaki die yang sakit tadi terkena tar jalan plak..sungguh the majal~ hahahha
pas tue nak park moto dier tersepak batu besar plak..adoii apa la nasib ko kawan ku...hahhaha..tapi tak pe mesti ada hikmah disebaliknya.

Wednesday, April 14, 2010

Malas lebih dari rajin

Hari ini suhu 31 darjah Celsius, panas tak tehingga BG ingatkan panas sampai ke malam tapi rupa-rupanya hujan di tegah Azan Maghrib. Lega jap lene la Bg tido malam nie.tapi ini bukan topik entry kali ini. Topik nya ialah "malas lebih dari rajin"

Ini sebenarnya masalah BG selalu sangat "malas lebih dari rajin" bile la pulak rajin lebih banyak dari malas....BG pun tak tau bile. padahal Final dah nak dekat tinggal kurang seminggu lagi tapi x sedia pun.

Azam punya la nak rak..cakap awi nie nak pergi belajar 5 bab tapi hampeh satu bab pun x habis-habis lagi.kebinggungan masih meluak-luak didada, tapi masih CHILL lagi... cam mana nak stay pointer kalu cam nie...bukan nak stay menurun boleh la.

kawan-kawan BG pun same, tapi tak semua la.maybe ada yang belajar tegah-tegah malam ke time orang tido ..time orang berak ke...hahha mane kita nak tau kan..

stady last minit bukan BG tak nak tapi banyak sangat pengalaman mengajar.Bg nak berubah jadi last minit ke fast minit..hahha ..tapi tue la semagat je lebih tapi haram nak buat...

pelik la kenapa kawan BG tue.dier belajar pun last minit tapi result gempak nak mampus..pelik tapi benar.fakta BG jumpai sejak BG zaman persekolahan lagi. maybe baka yang baik..hahah

tapi BG tetap pelik kenapa MALAS BG LEBIH BANYAK DARI RAJIN!

Tuesday, April 13, 2010

Style 2010

Di dalam entry kali ini BG nak berkongsi berkenaan dengan tren atau style rambut masa kini. BG gemar untuk mengikuti perkembangan luar sana. BG rasa walaupun kita tak sekacak mana kita mestilah menampilkan gaya yang menarik supaya yang tak kacak jadi kacak.

Pada tahun 2010 kali ini mempunyai 2 katagori style rambut iaitu "school boy" dan "rocker" dan mempunyai 3 cara pemotongan.

The Fringe >


nie gaya "The Fringe"

The Slick Back >

nie gaya "The Slick back" yang BG selalu buat.=D untuk majlis fomal je la..hihih

The Classic Part >

nie style "The classic part"

Banyak orang cakap gaya kita bukan macam orang barat! tapi bagi BG biar la orang nak cakap apa pun yag pasti kita rasa hidup kita selesa dengan gaya yang kita selami ini. Yang penting kita rasa kita bersih, x selekeh, dan sebagainya.

Bagi BG aset yang paling penting adalah rambut BG sebabnya tue je rasa BG yang paling murah dah sentiasa ada.lain la kalu BG nieh botak.hahha..kalau baju asesori dan sebagainya tue rasa BG x mampu nak beli. kalau beli yang murah-murah mesti kita rasa kita tak berkeyakinan. BG rasa kalau BG "set up" rambut BG , time BG buat perbentangan BG rasa lebih berkeyakinan. ini adalah pengalaman percaya lah.

sekiranya anda belum mencuba apa lagi cuba lah ubah style anda untuk lebih keyakinan.itu motif utama kita untuk berfesyen.=D

Sunday, April 11, 2010

3 Tahun + Futsal + Fobia



9.00 malam, kawan² BG ajak pergi futsal[dengan paksaan]... selama nie, ada juga yang ajak BG main futsal tapi boleh terlepas dengan alasan cuak+tak reti main+penat+ dan bla²... tapi kali nie tak boleh terlepas dah... terpaksa gak pergi..

Dalam perjalanan BG mengucap je keja... almaklumlakan 3 tahun dah tinggalkan bidang sukan yang bernama "bola" nie. Akhirnya BG main gak dan bertawakal je la. Sumpah pertama kali BG main kat negeri Johor nieh. Main je kat Raja Futsal, BG sumbat 4 biji GOL kot bangga gak la walupun tak berapa nak reti main ,bayangkan 3 tahun tinggalkan bidang nie. last BG main time BG form 3, tue pun penuh dengan kenangan pahit[fobia] adohhh...

kenapa fobia dan tinggalkan selama 3 tahun?
  1. Darjah 4, tegok abang masuk hospital dek kerana rahang mulut lari sebab main bola sepak.3 bulan gak la seksa, makan bubur pakai straw. time nie x terkesan lagi la kat BG
  2. Form 2, BG wakil kelas main bola sepak. BG jadi "keeper" amboi.. time nie dah start fobia dah. sebabnya hidung berdarah dan tangan kiri terpeleot...hihih cam lawak kan tapi nie la hakikatnya.
  3. Form 3, time nie BG tak takut² lagi. sebab tak takut la terjadi paling terok BG rasa. Buku lali BG lari sebab main futsal la.tapi BG berang gile gan "AZMI" die la punca segalanya.. sebulan lebih gak la BG pakai tongkat,ulang alik hospital, menderita kot.AZMI kau punca.
  4. Akhir form 4, kawan BG meningal sebab sakit jantung dek kerana main bola sepak. BG dah nekad tak nak main bola sepak ke main futsal ke. Bagi BG pengalaman mengajar kot.
sebab nie la BG dah lama tak main bola sepak atau main futsal. Bagi sapa nak mengDOG , terpulang la sebab BG rasa apa yang BG hadapi. Bagi sesiapa suka main futsal atau bola sepak anda dinasihat warming up dulu pas abis main, cooling down k. Majulah sukan untuk negara.

Saturday, April 10, 2010

Bergembira Sebelum FiNaL!

Di dalam entry nie..BG nak cerita mengenai Final Exam! wow semua benda akan jadi tak mengena kalau kita tak bersedia untuk hadapi Final Exam. Nak makan rasa tak sedap, nak mandi rasa cam tak basah, pendek kata macam orang putus cinta la!

Tapi hari ini BG dan rakan² BG yang lain "having fun" ke Batu Pahat! tempat nie je lah paling dekat dengan Universiti BG .. dekat tue tak de la dekat mane ada la dalam setegah jam gak. Kita orang cadang nak pergi tegok wayang di Square One cerita Evolusi KL Drift 2.

Rakan-rakan BG yang turut pergi untuk menonton wayang ialah:
  1. RIJAL
  2. CHE KU
  3. DIN
  4. FAIZI
  5. LALOK
  6. SALMI
selepas menonton Evolusi Kl Drift, kita orang pergi "karok"[karaoke] 13 lagu. Apa lagi kita orang melalak² la kat dalam tue,almaklumlakan nak lepaskan segala bentuk tekanan. Selepas melalak kita orang makan la kat kedai mamak nie. Tegok² ada BOLA final Kedah VS Negeri sembilan.

Kawan² BG nie ada sokong kedah dan BG sendiri sokong n.9 kot..hihihih..meriah gila la kat kedai mamak tue. balik² je seorang kawan BG nie tak habis² nak mencarut je..carutan "dia"tue berbisa..ye la dia sokong Kedah..tapi Kedah kalah. nak buat cam mana kan dah takdir.hihih

Nie Time 'karok'



Cukup kot satu gamba sebab tak boleh nak upload gamba banyak² time nie internet SENGAL ..

kepada semua Kawan² ku sedar la final dah nak dekat. Pergi la study k. Bia kita enjoy tapi result kene gempak. Semoga Berjaya.

Friday, April 9, 2010

Kenapa Bulan 4 BG ingat?

Didalam entry kali nie BG nak cerita pasal tarikh hari jadi kawan² BG... tapi tak semua hari hadi BG ingat almaklum la..BG nie manusia biasa, dan mudah terlupa.

kenapa bulan 4? itu persoalannya sekarang?..seriously BG maybe ingat kawan² BG yang lahir bulan 4 je.. yang lain BG ingat la jugak tapi ingat bulan je...tarikh !! hahah harap maklum la...

untuk pengatahuan anda, BG nie memang seoarang yang setia berkawan tapi tak tau la kawan kita bagaimana kan². Tapi tak mengapa yang penting BG ingat.:D

Barang sesiapa yang mengenali BG anda memang beruntung jika BG ingat tarikh hari jadi anda kerana anda sentiasa BG ingat anda. Tapi bagi kawan BG yang BG tak ingat tarikh nye tak semestinya BG lupa anda..ingat tu..hihih


sahabat dan kawan² ku yang betuah:



Nama> Zaim Zakwan B Harun
Tarikh lahir> 04.04.19**
Status> sahabat aku yang paling sengal!





Nama> Abdul Halim B Hadi
Tarikh lahir> 06.04.19**
status> kawan Baik aku! pergi TAIWAN bersama BG~





Nama> Nadzirah Aziz
Tarikh lahir> 07.04.19**
status> kawan internet ku..;D





Nama> Siti Nor Sahira Bt Halim
Tarikh> 09.04.**
status> :D


*p/s...mintak maaf kerana ambik pic tak bagi tau..hih jangan marah no...hihi ;)

cinTa Teknologi..




Apa itu cinta Teknologi? sebenarnya, cinta teknologi ini boleh dikatakan banyak, ada cinta dalam internet, ada cinta sms, ada cinta akan teknologi itu sendiri,dan juga ada cinta blog.

pada kali nie,entry bertanjuk Cinta Teknologi. BG nak fokus kan kepada cinta Cyber atau cinta internet.Tah la tiba-tiba BG rasa entry nie menarik kali nie. kan sekarang nie orang pandai mengunakan teknologi yang sedia ada.

Logik tak kalau kita bukak YM ke, blog ke, FB ke, MS ke, atau apa-apa yang berkaitan dengan internet kita sembang dengan seseorang kita rasa "Fall in love" kiranya admire la .walaupun kita tak pernah jumpa atau telefon beliau.?? setiap hari kita bukak internet mesti kita menungu kehadiran beliau bukan depan mata tapi tunggu beliau ON9!

keadaan ini sebenarnya belaku kat seorang insan nie yang bernama .... tak perlu tahu la..hihih... insan nie selalu sangat on9 hanya menunggu kekasih idamannya. yang pasti wanita itu selalu juga sembang dengan insan yang perasan sendiri nie.. hahha tapi yang bodohnya kenapa la tak berterus terang kan? kalau berterus terang kan senang? boleh la jumpa selalu...;D

Rasa BG kan seorang insan ini walaupun die lelaki tapi malu die lebih banyak dari perempuan. Ini sebenarnya hakikat la, tak dapat nak di nafikan lagi. Nak buat cam mana dah malu nak berdepan dengan situasi sebenar. bak kata Orang tua-tua malu rugi...hahahha

Pandangan BG la kan sepatutnya insan nie mesti bertindak cepat supaya x terlepas kat tangan orang lain nanti kang putih mata. hahhaha.. BG cakap bedasarkan pengalaman BG sendiri. Bagi BG pengalaman itu penting!

cinta Teknologi?? ada kesan sampingan ke kepada pemilik cinta nie?? BG pun tak boleh jawab kerana BG x der pengalaman lagi bab-bab ni..hahha kepada semua pembaca setia "KETAWAituBEST" sila lah beleter kat komen box BG k untuk kongsi pendapat atau kita berdiskusi....;D

Thursday, April 8, 2010

Taiwan








pada entry nie, BG nak cerita sikit pegalaman di TAIWAN.Ini lah pertama kali BG merantau negara orang.Best gile,gile pun tak best cam nie..hahha

BG pergi ke Taiwan pada tahun 2008 sebab ada pertandingan reka cipta "international exhibition for young inventors" dengan membawa nama negara Malaysia yang tercinta. BG, sahabat baik BG nama HALIM dan En Roslan[master kita orang] berjaya sampai di Taiwan dengan membawa produk yang bernama Ez Barrow. Alhamdulillah... di sana team BG yang pertama kali masuk berjaya mendapat pingat EMAS dan mengalah kan negara-negara hebat seperti Jepun, Korea, Arab, USA, Nigeria, Thailand dan banyak lagi la.

Banyak kenagan di Taiwan.Tambah-tambah lagi BG pergi sana time Ramadan.fuhh..3 hari berturut-turut kot BG makan magie,roti,dan biskut raya yang di bawa kat Malaysia. Nak makan kat sana tapi tak jumpa makanan yang HALAL. hari ke-4 baru jumpa restauran yang halal. Jauh juga la dari hotel Hilton yang BG menetap..

BG kat sana tak pergi mana-mana pun just time 2 hari sebelum nak balik baru pergi jalan-jalan.tak beli papa pun.. just beli buah tangan dari Taiwan je untuk keluarga, kawan-kawan, dan sahabat handai...hihi

Taipei 101 terbaik..bangunannya menarik.. tapi sayang BG x sempat nak naik ke tingkat 101 kerana masa tak mengizinkan kami naik atas sana.Tapi tak mengapa kami sudah happy sampai di Taiwan..anda bila lagi???

kisah Mengarut 4 musim



Cerita Lawak 80PL
Amaran:cerita ini mengandungi unsur unsur ganas,kalium,santan,aksi menggigit pusat & kerongkong,adegan mandi di longkang.dilarang tonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.budak dibawah 18 tahun harus meminta kebenaran ketua kampung dulu.

Kisah Mengarut Musim Pertama

Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.

aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.suhu mula turun hingga 8darjah celcius.`kau buat apa sekarang?`kata dia lagi.`takde apa nak di buat.`jawab aku.`syabas,apa kite ternak lipan dan jagung sama sama,nak?`aku jawab`taknak la,pasaran lipan sekarang jatuh teruk,lagipun sekarang penyakit kaki tangan dan mulut dah merebak,harga udang dan kicap dah melambung tinggi,...`.dia merajuk dan menangis teresak esak.aku pun tinggal kan dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup.


Kisah Mengarut Musim Kedua

Jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa minit.aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.aku masuk ke kelas.cikgu ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus untuk belajar..hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan baik.tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah. dalam perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.kemudian dengan gayanya aku beredar.sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.


Kisah Mengarut Musim Ketiga

Suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8 lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah beku.dengan penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai salim membeli sayur dan rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba tiba.aku mula rasa seram.tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik tu sampai terkoyak leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus bergegas ke kedai salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan rojak.tak pasal pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .salim mula menjerit ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun terkejut.pada masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut juga melihat apa yang berlaku.lantas aku melarikan diri .setelah melepaskan salim dari ikatan, raju dan salim mengejar aku.aku lari ke tengah jalan.diorang pun nak ikut jugak.tiba tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku,salim dan raju kerana mengganggu ketenteraman jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur tangan.tak boleh tengok orang senang sikit,mereka menghantar FRU dan pasukan elite khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah helikopter yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke helikopter itu.helikopter itu meletup bersama salim.melihat letupan itu,semua orang berhanti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar nak dikalahkan,..tapi aku dan raju masih meneruskan pergaduhan walaupun salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami penat,selepas itu raju dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira bersama sehingga keakhir hayat.


Kisah Mengarut Musim Keempat

Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk lepaskan tekanan dalaman.

aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus menyerang aku dengan riang liar.

aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka dan menghantukkan kepale diorang kat tiang buai 8 kali.kepale diorang retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu juga.aku ape lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut jugak.aku marah dan suruh mereka buat bende lain.mereka bersetuju dan membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.

sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80 kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...

aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam perasa kambeng.dah habis makan je aku pulang terus ke rumah seperti biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari supaya tak dapat memberontak.

8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin.

Kepanasan Melanda Dunia.






Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Walaupun pada masa sekarang baru tahun 2010,adakah kita ingat dengan masa akan mendatang?bagaimana pula genarasi yang akan datang? bagaimana anak cucu cicit kita semasa tahun 2099[mengikut ramalan saintis]?

Semua jawapan untuk persoalan itu hanya boleh dijawab diri kita sendiri.Sebenarnya kita boleh mengubahnya sama ada dengan keadaan yang positif ataupun yang negetif.Sekiranya kita mahu kebaikan untuk dunia, kita cegah faktor-faktor pemanasan global ini. sebaliknya inginkan keadaan yang kekal sama teruskan la dengan aktiviti yang menyebabkan dunia ini musnah.

faktor: pelepasan karbon dioksida, peperangan berterusan, penggunaan kenderaan yang maksima, penerokaan hutan, dan sebagainya

kesan: suhu bumi meningkat, paras air meningkat[dek kerana pencairan ais di Artik], kemarau berpanjagan, hidupan akan mati dan sebagainya.

cara mengatasi: sertai kempen berkaitan alam sekitar, kurangkan pelepasan karbon dioksida, berkongsi kenderaan, wujud lebih banyak hutan simpan, hentikan peperangan dan sebagainya.

MeRekA TerBaEK..



Untuk section Mereka daN BG, mereka di atas la yang BG kenal dan Baik la... mereka adalah zakwan a.k.a Tebuwan, ezat, dan naza...yang kat atas sekali tu BG...hahha

kami selalu lepak²,makan sama,on9 sama, main game sama, FB sama,Tido sama, berak sama,tempat keje sama jenis[7E] semua lah sama,cuma satu je tak sama... saiz baju....hihih...

Mereka nie aku kenal time aku form 2 lagi,hebat kan kami. Tapi sekarang berubah sikit la.ye la ..masing-masing dah ada hala tuju masing²kan.sorang di ipoh,sorang di melaka,sorang lagi di kedah dan BG nie pula kat johor. tapi kita orang selalu kontek².kalau time cuti je kompom kite orang lepak la..sampai x ingat dunia...hahha

tapi apa-apa pun untuk section mereka dan BG "mereka"lah yang paling terbaik....hihihih
chill parTynight~~:D

Wednesday, April 7, 2010

BeRhUjAh...






NIE die dunia debat..BG...disinilah kejayaan BG sebagai seorang pendebat,kerana kat sini lah pertama kali BG beraksi untuk berhujah..di pertandingan DEBAT SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH [SPRM] ...keputusan agak membanggakan la.walaupun tidak masuk ke final,tapi masuk semi final pun ok jugak kan²..

Terima Kasih kepada semua pendebat terutamanya kepada team B [AZREEN DAN AMIRUL]..dan tidak lupa kepada raja, kak fatin dan hakim yang banyak membantu semua pendebat untuk berjaya..

semoga berjaya untuk semua pertandingan ....;)

Bermula Di Sini!!



Universiti Tun Hussien Onn berada di sebuah negeri Johor Darul Takzim.Pada mulanya BG tidak berapa pasti sama ada UTHM nie sebuah institusi kerajaan atau pun "private".Tapi nak buat cam mana BG tepaksa pergi sebab UTHM je peluanag terakhir yang tidak memerlukan cos yang banyak. BG apa lagi pergi je la UTHM nieh dah la negeri Johor Darul Takzim tak pernah jejak ..kire pertama kali la BG nieh pergi johor...

sampai-sampai je BG tekejut cam tupai..nie UTHM yang BG bayangkan ke? rasa macam nak balik je time tue. Akhirnya BG nekad nak pergi tanya orang kat situ.Tanya orang kat situ kata nie la UTHM.Tanya lagi nie ke UTHM ?? hati BG kate nie ke UTHM.. bapak la kecik, kolej pon lagi besar dari UTHM. Ayah dan Mak kesayangan ku tanya la kat kedai Bakso tue..finally tauke Bakso tu kate tue campus bandar..kampus induk atas sikit dari kampus bandar.perehhh BG lege gile nasib baikla tue bukan kampus induk..

pergi je kat kampus induk..suke yang amat sebab apa yang di idam-idamkan semua hampir tercapai. masuk pintu UTHM yang agak besar la.kene daftar sana sini,pergi sana pergi sini,disitu,disana,disini...akhirnya aku masuk jugak dalam bilik aku B105 Tun syed Nasir...

Dalam bilik aku ingat dah ada roommate tapi x der pon..aku fikir bukan² takut roomate aku nieh jenis yang aku x berapa nak suka la..tup-tup..RIJAl masuk..dier la roomate aku sehingga sekarang.So far dier ok.chill.kuat mengDOG,kuat Makan,kuat main game, kuat tegok muvee pendek kate semua bende kuat bagi kat dier la.hahha tapi kau terbaik la RIJAL..

Disini la hidup aku bermula dengan gelaran seorang MAHASISWA.Aku jumpa banyak jenis kawan dan banyak berasal dari merata tempat..ada ganu.ada kedah, ada kuantan, ada kl..dan ada di sarawak. kat sini la bermulanya "THE BG" dan hidup mesti diteruskan walaupun banyak cabaran yang mendatang sebagai MAHASISWA.

ketawa @ terketawa?




Di dalam dunia ni sapa yang x suka gelak? sukar untuk kita lihat manusia yang tidak suka gelak.Bagi BG gelak adalah pengubat suka dan duka bagi semua masalah.Kalau kita ada masalah kita gelak je la tak kisah la dimana berada ke,dengan sapa ke..yang pasti hidup kita kene "fun" . kalau ada masalah "fun" ke hidup kita nieh? tidak kan.... tapi kan BG kalu gelak pelik sikit... sebab apa ...semua bende yang x lawak pun BG boleh gelak terbahak-bahak..pelik tu..bak kata kawan sebilik BG ketawa lebih pantas dari otak berfikir...ye ke? tapi kalau tak ada unsur lawak buat apa BG gelak kan..?? pelik tol la...kalau BG gelak slow x pe la jugak nieh bapak la kuat...kadang-kadang gelak nie secara spontan tau..agar sukar untuk di kawal..agak-agak la kan kalau Malaysia buat program sapa palaing lama gelak...BG rasa BG la pemenangnya...hahhah

Pertama kali menyelami...



hai semua, diberi nama MOhd Saddam bin Kamarulzaman.panggil je BG..BG sebenarnya baru masuk dunia blogger nie.ada orang yang mendesak BG untuk buat blogger nie untuk memahirkan kosa kata percakapan kita apabila kita bercakap?persoalannya ye ke? dan BG buat blogger nie pun terpengaruh dari rakan sebaya.hahha..rakan sebaya tue TOK dan juga CHE KU.khas buat mereka"korang memang sengal buih" tapi tak pe BG rase BG mesti selami dunia blog nie supaya orang cakap "up to date" hahha kan best sikit orang kate gitu kat BG.BG masih x mahir lagi la cam mane nak gune blog dengan betol.RASA-RASA ADA X ORANG NAK AJA BG NEI? harap² ada la . hahah satu lagi persoalan terbuku dihati BG dan roommate BG.BG nie dah ada MYSPACE, FACEBOOK, YM, dan tambah satu lagi BLOG "KETAWAituBEST".agak² BG bukan semua ke? dan mase BG untuk belaja bertambah kurang dek kerana semua bende nie? ahahha tah la persoalan x dapat dijawab kerana belum alaminya lagi...hopely tak la kan²..so selamat membaca semua di dalam blog ku yang serba kekurangan ni"KETAWAituBEST"