Thursday, April 8, 2010

Kepanasan Melanda Dunia.






Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Walaupun pada masa sekarang baru tahun 2010,adakah kita ingat dengan masa akan mendatang?bagaimana pula genarasi yang akan datang? bagaimana anak cucu cicit kita semasa tahun 2099[mengikut ramalan saintis]?

Semua jawapan untuk persoalan itu hanya boleh dijawab diri kita sendiri.Sebenarnya kita boleh mengubahnya sama ada dengan keadaan yang positif ataupun yang negetif.Sekiranya kita mahu kebaikan untuk dunia, kita cegah faktor-faktor pemanasan global ini. sebaliknya inginkan keadaan yang kekal sama teruskan la dengan aktiviti yang menyebabkan dunia ini musnah.

faktor: pelepasan karbon dioksida, peperangan berterusan, penggunaan kenderaan yang maksima, penerokaan hutan, dan sebagainya

kesan: suhu bumi meningkat, paras air meningkat[dek kerana pencairan ais di Artik], kemarau berpanjagan, hidupan akan mati dan sebagainya.

cara mengatasi: sertai kempen berkaitan alam sekitar, kurangkan pelepasan karbon dioksida, berkongsi kenderaan, wujud lebih banyak hutan simpan, hentikan peperangan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan leteran anda untuk di baca