Wednesday, April 28, 2010

Adik dan abang! ep4

setelah doktor beredar, Ibu memanggil kak Ros dan abang Farhan. secara tiba-tiba kak Ros menagis teresak-esak.Daniel menjadi hairan lalu terus mendekati ibu ,kak Ros dan abang Farhan dan bertanyakan kenapa. ibu mengatakan bahawa abang Jali memang tidak dapat diselamatkan lagi dan doktor meminta kebenaran untuk mematikan mesin-mesin nyawa yang digunakan oleh abang Jali. semua redha degan kehendak illahi. Daniel hanya mampu menjerit dan menagis di dalam hatinya. Daniel terus pergi ke katil abang Jali dan melihat wajahnya yang terakhir untuk selama-lamanya. Ibu meminta Daniel untuk mengemas rumah untuk abang Jali bersemadi.Daniel hanya terdiam dan tidak berkata apa-apa. dan terus pergi bersama sepupunya yang lain.

rumah pun telah dikemaskan. setegah jam kemuadian ambulan berhenti di depan rumah Daniel. sanggat pilu di hati Daniel apabila abang Jali dikeluarkan didalam ambulan itu dan seorang misi mengatakan abang Jali menghembuskan nafas yang terakhir semasa didalam perjalanan ke rumah. Hancur perasaan seorang adik apabila mendengar abangnya telah tiada lagi dan meninggalkan untuk selama-lamanya. Daniel menganggap dirinya bersalah kerana ego yang terlalu tinggi terhadap abangnya.

hanya doa sahaja yang mengiringi abang Jali. perginya seorang abang menandakan keluarga Daniel kurang seorang. selama 7 ahun memang sedia kala kurang kerana abang Farhan lari dari rumah tetapi masih boleh bernafas lega diduniawi ini. tetapi abang Jali meninggalkan keluarga Daniel selama-lamanya tanpa kembali walaupun sesaat. pemergian abang Jali membawak pengajaran terhadap Daniel. banyak pengajaran yang dibekalkan untuk dipelajari oleh Daniel. Daniel tahu Allah lebih sayangkan abang Jali darinya.


bersambung........

No comments:

Post a Comment

tinggalkan leteran anda untuk di baca